.:Dif-dif kehormat:.

Saturday, December 11, 2010

Ayat Power 27:Luka


” Ya ALLAH, selamatkan isteri dan anakku.”
Berulang kali suara Einstein menampar telingaku. Dapat aku rasakan pelukannya erat di badanku. Selepas itu, aku sudah tidak tahu apa yang terjadi di sekeliling. Yang kedengaran hanyalah sayup-sayup suara di sekelilingku.
” Ya ALLAH, Nabilah!.”
” Einstein, kau tunggu luar...kami akan tolong Bilah.”
” Sayang, abang tahu sayang kuat....Bertahan ye sayang.”
            Genggaman tangan Einstein di tanganku akhirnya terlerai setelah tanganku dikucup lembut. Tangkas tindakan yang dilakukan petugas perubatan yang berada di sampingku. Seorang memasang drip di tangan, seorang memeriksa tekanan darah dan nadi dan seorang lagi menyarankan pemeriksaan ultrasonograhy. Saat itu, aku mengharapkan keajaiban berlaku. Moga kandungan ini dapat diselamatkan.
            ” Ya ALLAH, izinkan janin di kandunganku ini membesar. Aku mahu melihat dia lahir ke dunia.”
            --------------------------------------------
            ” Bilah.”
            Aku cuba membuka mata. Berat benar rasanya berbuat demikian. Dengan keadaan badan yang masih lemah dan penat, aku mencuba sekali lagi. Saat mata terbuka, Einstein merenungku penuh kasih. Dia menghadiahkan kucupan di dahiku, cukup membuatkan aku bersemangat untuk bangun dari pembaringan.
            ” Alhamdulillah, sayang dah sedar,”bisiknya di telingaku.
            Aku memerhati sekeliling. Satu persatu wajah hadir di pandangan. Ada ibu, ayah, mama dan papa. Semuanya memandangku dengan raut sedih. Cukup menghantar debar di hati. Serta-merta, di fikiranku terbayangkan wajah Mak Cik Rahmah yang mengunjungiku di rumah tadi. Perut yang belum menampakkan bentuk aku raba perlahan.
            ” Sayang, tak ada apa-apa jadi pada baby. Insya-ALLAH, 6 bulan lagi dia akan jumpa kita semua,” ujar Einstein sambil tersenyum padaku.
            Aku membalas senyumannya. Dia mencapai tanganku, digenggam erat dan dibawa ke bibirnya. Lafaz syukur akan panjatkan dalam hati. Alhamdulillah.
            ” Angah pergilah balik dulu. Mandi, ganti baju, rehat. Biarlah ibu dengan mama temankan Bilah. Dah tak terurus ibu tengok. Silap aribulan, muntah Bilah dekat dengan Angah,” tegur ibu sambil mengambil menepuk perlahan bahu Einstein.
            Einstein tersenyum kelat sambil menggaru kepalanya. Seketika kemudian, dia menatap wajahku dengan raut bimbang.
            ” Abang, baliklah rehat dulu. Ibu dengan mama ada temankan Bilah. Insya-ALLAH, everything will be okay,” pujukku perlahan.
            Lambat-lambat dia menganggukkan kepala. Bila aku melebarkan senyuman, barulah dia bangun dari tempat duduknya. Dia mengucup dahiku perlahan sebelum berlalu.
” Lepas ni, abang ikat Bilah dekat pinggang ye.”
Kata-katanya sebelum melangkah keluar cukup membuatkan hatiku terkesan. Kalau benar dia sayang padaku, kenapa kata-katanya menghantar rasa bimbang di hati?.
”Ya ALLAH, berikan aku petunjuk atas apa yang berlaku,” seru hatiku.
------------------------------------------------------------
” Papa drive macam orang lumba kereta dekat litar tadi. Risau betul mama dengan papa bila dapat call dari Umar. Alhamdulillah, tak ada apa-apa,” cerita mama penuh semangat sebaik sahaja aku bertanya tentang mereka.
” Alhamdulillah. Kalau tidak, ibu pulas telinga Angah biar panjang. Degil tak mahu dengar cakap ibu. Isteri tengah mengandung, duduk rumah asing-asing. Bila dah jadi macam ni, barulah tak tentu arah hidup,” sampuk ibu mertuaku pula.
Papa dan ayah hanya tersengih mendengar kata-kata isteri mereka. Aku hanya tersenyum sumbing di tengah-tengah mereka.
” Kami dah berbincang soal Bilah dan Angah. Untuk kebaikan Bilah dan baby dalam kandungan, lepas ni Bilah dan Angah pindah masuk rumah sendiri. Kalau nak berulang alik ke Gombak, lagilah baik.”
Aku memandang ayah dengan raut tidak percaya. Mereka sudah berbincang banyak hal terkait keselamatan aku dan bayi yang dikandungku ketika aku tidak sedarkan diri. Namun, hatiku memberontak dengan keputusan yang mereka ambil. Kalau pun mereka sayangkan aku, mereka harus mendengar pendapat dan kata-kataku juga.
” Kalau ikutkan mama dan papa, Along tangguhkan jelah clinical year. Habis bersalin nanti, barulah sambung belajar semua,” luah mama pula.
Sekali lagi aku tersentak. Sampai begitu rancangan mereka. Tidak semena-mena, aku merengus marah.
” Along, apa yang kami fikirkan ni adalah yang terbaik untuk Along dan Umar. Insya-ALLAH, yang terbaik untuk anak yang ada dalam rahim Along juga,” pujuk papa tenang, seakan-akan mahu menyedarkan aku keputusan yang mereka ambil hanyalah kerana kasih sayang mereka kepadaku.
Aku terdiam. Aku akui kebenaran kata-kata yang mereka ucapkan. Kerana kasih dan sayang, mereka melahirkan keprihatinan dan perhatian. Tapi bagaimana mahu aku terima kata-kata mereka saat fikiran ini masih terganggu dengan luahan Mak Cik Rahmah padaku tadi? Bagaimana mahu aku terima dengan hati terbuka di saat hati ini masih terluka dengan kisah rahsia Einstein yang tersimpan kemas sampai ke hari ini? Dan sungguh, dalam gembiranya aku menghadapi berita kandungan aku terselamat hati ini merintih sepi setiap kali suara mak angkat Einstein melintas di ingatan.
” ” Aku tahu kau tak nak gugurkan kandungan kau sebab tak nak tambah dosa. Tapi dosa yang kau buat menipu aku tu lebih besar tau tak? Kau tetap nak lahirkan anak kau tu sebab itu anak kau dengan Umar kan?.”
Saat suara itu menerpa di ingatan, aku rasakan duniaku gelap gelita. Semuanya bertukar suram dan hatiku tidak tenteram. Sakit di kepala mulai menyerang dan semuanya yang ada di sampingku diburu rasa bimbang.
” Along, mama panggilkan doktor ya.”
” Bilah, kenapa sayang?.”
Laju kepalaku menggeleng. Tangan mama aku capai, mama mengalihkan pandangannya ke arahku.
” Mama, papa, ibu, ayah, Izinkan Bilah ambil keputusan yang Bilah rasakan terbaik untuk keluarga kami. Biarlah Bilah dan Umar tentukan sendiri hala tuju rumahtangga kami. Maafkan Bilah,” ucapku lambat-lambat.
Suasana yang tadinya gamat jadi sunyi sepi. Semua mata tertumpu padaku. Seketika kemudian mereka berpandangan sesama sendiri. Dan jelas raut kebimbangan mengisi setiap wajah di depanku. Hanya segaris senyuman tipis aku lemparkan, meyakinkan mereka bahawa aku bersungguh dengan hasrat hatiku. Biarlah aku dan Einstein mengemudi rumahtangga kami. Dan biarlah apa jua kata putus yang kami ambil, diterima dengan hati yang terbuka oleh semuanya. Ini kata hatiku biarpun luka masih menyelubungi diri.
--------------------------------------
Einstein datang ke hospital ketika malam menjelma. Senyuman manisnya tidak sedikitpun dapat melenyapkan seribu persoalan yang bermain di fikiranku. Saat dia duduk di sampingku, aku tidak berpaling ke arahnya, tidak juga mengukir senyuman kepadanya. Sikapku mengundang usikan nakal darinya.
”Aik, abang datang tak senyum pun! Nanti jadi cuka cap elang baru tau. Kata rindu, tapi tak layan abang pun. Nak merajuk jugalah macam ni,” suaranya berbaur jenaka.
Aku tidak berpaling ke arahnya. Tidak ada ketawa yang meledak. Reaksiku yang dingin membuatkan suasana di bilikku ini tegang seketika. Einstein menggaru kepalanya.
” Tak senyum marahkan abang tinggal lama la ni ye? Sori sayang, abang terover slept tadi.”
Aku memandangnya tanpa suara. Hanya menatap wajahnya sebentar sebelum membuang pandang ke tempat lain. Einstein diburu resah, lantas dia duduk di atas katil, di sebelahku.
” Bilah, kenapa ni?,”soalnya perlahan.
Tak ada respon dariku. Jujur, lidah ini kelu untuk berbicara. Einstein memeluk bahuku erat. Pelukannya membuatkan airmataku makin deras mengalir. Tuhan, berikan kekuatan padaku untuk menghadapinya.
” Sayang, kenapa menangis ni? Sedih sebab apa ni?,” soal Einstein sambil mengusap titisan airmata di pipiku dengan jari kasarnya.
 Aku memegang tangannya perlahan. Dia menatap mataku. Kami berpandangan seketika.
” Abang, berterus teranglah!.”
Makin deras airmata ini mengalir. Einstein seakan memahami rasa hatiku. Lantas, dia membuka mulut berbicara satu hal ke satu hal yang selama ini disimpan sendiri. Malam itu, aku tahu segala rahsia dan kisah silamnya.
----------------------------------------------------------
            ” Bilah yakin Bilah cukup kuat untuk dengar semuanya?,” soal Einstein perlahan.
            Laju, aku menganggukkan kepala. Seharusnya sudah lama hal ini aku tanyakan padanya. Tapi entahlah, keberanian tidak pernah muncul. Rasa takut sentiasa menyelubungi. Akibatnya, aku memendam rasa hati hinggalah tiba hari ini. Saat aku dan bayi kami terancam, barulah keberanian itu muncul. Dan aku tahu kesannya padaku. Mungkin hati ini makin terluka, makin dalam rasa luka dan mungkin akan berkurangan rasa suka pada insan bergelar seorang suami di depanku ini.
            ” Kalau Bilah kuat, abang akan cuba kuatkan hati abang bercerita. Insya-ALLAH,” lemah benar Einstein menuturkan kata.
            Genggaman di tanganku kian erat. Aku tahu sukar baginya membuka lembaran silam. Tapi mahu tidak mahu, dia harus berbicara hal tersebut kerana permintaanku. Dan dia pastinya sedar, kerana sikap berahsianya jugalah, aku hampir kehilangan buah hati kami.
            ” Abang kenal dengan Diana masa abang tingkatan 5. Dia ni cukup ganas orangnya. Bilah faham sendirilah definisi ganas tu macam mana zaman kita muda-muda dulu. Rambut perang, baju jarang, tomboi semacam, suaranya lantang. Abang kenal dengan dia secara kebetulan sebenarnya. Petang abang nak ke masjid, dia melepak dengan kawan-kawan dia yang agak tak sopan dekat perhentian bas. Abang balik dari masjid, dia masih ada dekat situ. Jujur, abang memang tak berkenan dengan perangai dia awalnya sebab sebagai perempuan memang tak sopanlah anak dara tak balik rumah lewat malam. Dan abang pasang niat nak tegur dia. Maklum sahajalah, semangat baru habis sekolah agama tu berkobar-kobar lagi di hati. Abang beranikan diri dekat dengan dia.” Cerita Einstein terhenti seketika. Dia menatap mukaku seketika sebelum menyambung cerita.
            ” Setiap kali abang nak ke masjid, abang sound dia orang suruh berhenti buat-buat kerja tak berfaedah tu. Awalnya, teruk jugalah abang kena perli. Abang pekakkan telinga sampailah tak ada yang perli abang dah. Bilah rasa-rasa, kenapa jadi macam tu?,” Soal Einstein kepadaku, ada nada gurauan dari suaranya.
            Bila aku menggeleng, dia tergelak kecil.
            ” Macammana nak perli lagi kalau dia orang tak lepak dekat situ dah. Yang buat abang terkejut, ada muka Diana di masjid setiap hujung minggu ada kuliah dan kelas agama. Rupa-rupanya, dia berubah ke arah kebaikan. Dan lebih terkejut lagi, bila satu hari tu dia tegur abang. Katanya, semua perubahan dia disebabkan abang. Dia berterima kasih sebab abang sedarkan dia soal agama.”
            Aku cuba bertenang mendengar cerita yang Einstein sampaikan. Di dalam fikiranku, dapat aku teka kesudahan cerita mereka. Pastinya, pertemuan demi pertemuan membuatkan mereka makin rapat dan intim. Dan hubungan yang dekat, membuatkan rasa cinta dan sayang  melekat di hati. Tak semena-mena, ada rasa cemburu yang hadir kerana Diana terlebih dahulu mencuri hati suamiku itu. Aku mengeluh perlahan. Tanpa aku sedari, Einstein dapat melihat api cemburu yang mula marak di hatiku.
            ” Abang bercinta dengan dia?,” soalku gugup.
Tiada reaksi dari Einstein, tidak menangguk dan tidak juga mengggeleng.
” Abang bercinta hanya dengan orang yang halal dicintai. Cinta abang hanya orang yang abang nikahi dan bergelar seorang isteri,” balas Einstein penuh yakin.
Aku tersenyum pahit. Ayat yang lahir dari bibirnya mengundang seribu tanggapan. Jika benar dia mencintai Diana, pasti sudah disunting sebagai seorang isteri. Dan pemergiaan Diana membuatkan dia tidak menentu sehinggalah dia bertemu denganku. Jadi, pernikahan kami adalah yang kedua dalam sejarah hidupnya.
” Jadi, abang menikah dengan Diana?.”
” Memang abang nak menikah dengan dia tapi ALLAH lebih sayangkan dia.”
Aku menelan air liur. Pahit aku rasakan. Einstein memandangku dengan pandangan penuh kasih sayang. Tetapi rasa sayang yang dia pamerkan membuatkan aku sangsi.
” Bilah, maafkan abang kerana membuatkan sayang terluka,” dia berbicara cukup sayu.
Luahannya yang perlahan  kedengaran di telinga ini cukup kuat menyentap segunung ketabahan dan luka kian mendalam. Saat itu, aku terkenangkan bicaraku dengan Pak Cik Razlan tempoh hari.
” Umar pernah berjanji dengan kami dia akan setia pada Diana.Bila dapat tahu Umar akan menikah, hari tu isteri saya tak dapat terima kenyataan. Dia kata Umar khianati janjinya. Tambahan pula Umar pernah kata dia akan dapat persetujuan dari kami kalau dia dah jumpa calon yang sesuai. Tapi Umar macam lupa janji dia. Kami agak sesal dengan dia walaupun calon yang dia pilih tak banyak beza dengan Diana. Cara percakapan kamu, perangai kamu. Semuanya sama. Dan pak cik tahu, Umar memilih kamu mungkin kerana itulah satu-satunya cara nak mengubat rindu dia pada Diana. ”.
Mungkin cerita yang di sampaikan Pak Cik Razlan yang diakui Einstein sebagai abah ada benarnya. Berlagu sumbang hatiku ini. Kalau benar, dia memilihku kerana aku mirip Diana bagaimana mahu aku hadapi dia selepas ini?
” ” Ya ALLAH, tabahkan aku menghadapi ujian ini!.”

12 comments:

Cik Pink Princess said...

alaaa...sedihnya :(

MaY_LiN said...

alahai..
umar ni..
sedih la sis..
nape cenggini..

aqilah said...

hope, umar..akan explain lebih detail.........to comfort bilah..........

Anor said...

cepat sambung ye..kesian dengan Bilah ye macam rasa ditipu pula ye..samada Bilah ni betul dicintai oleh Umar ataupun Umar kawin dgn Bilah kerana muka Bilah mirip Diana..

iena said...

salam...x tau nk kata apa melainkan ..."sedihnya"...
apa2 pun x sabar nk tngu
explaination yang lebih details
drpd umar...

nursya said...

cobaan...
cobaan...
bilah tabahkan ati...
go go cayok!!!

IVORYGINGER said...

aduh!!! kenapa wanita suka terlebih bfikir??? bila tlampau bnyk bfikir mcm2 tafsiran muncul. kdg2 yg xada djadikan ada. dah tu hati sndr sakit. kan lebih elok bterua terang. tnya puas2 kmusyikilan itu.
cam bilah ni, yea yea ja pcaya ckp pakcik tu. tah betul ke idak.
saya pcaya umar syg bilah lebih. sebabnya bilah more special in his life. ahaks... ;D

Anonymous said...

hmmm...i think 'ujian' yg dianggap nabilah nih sbnrnye bkn lah satu ujian at all.nabilah ske wt anggapan melulu,n she always thinks the worst of the situation when the reality is really not that bad.so i think dr. nabilah,u shud learn to be honest n express ur thots to ur husband if u want a happy n stress less marriage life~

mizd said...

sis..tlg smbg cpt2..biar einstein bln explain btl2..einstein mst syg n cintakan bilah sepenuh hati. Bukan sebab diana

Anonymous said...

x suka IVORYGINGER! salahkan perempuan yang entah apa2! padahal, x semua perempuan mcm yg dia fikir! kalu awk jd perempuan, ada pak cik ckp mcm tuh dkt awk, msti awk akan rasa cuak sedikit sbnyk! jgn tuduh perempuan mcm tuh! x semuanya sama!

Anonymous said...

btw, sedih smbl menangis melalak baca 2 episod AP nh ;(

Anonymous said...

kasihan bilah cpt smbung ya....

Share If OK