.:Dif-dif kehormat:.

Wednesday, May 26, 2010

Ayat Power 23: Gembira dalam Duka!


Aku sebenarnya tak menduga dugaan hadir seawal 3 bulan usia pernikahan kami. Sebentar cuma aku rasakan indahnya alam rumahtangga. Baru sebentar aku rasakan akulah insan paling istimewa dalam hidup lelaki bernama Umar Al-Farouq. Layanannya membuktikan betapa dia menyayangi aku, kata-katanya menguatkan rasa cintaku padanya. Biarpun diganggu dek kunjungan keluarga angkatnya, keyakinan aku terhadap kasih sayangnya masih kuat di hati. Tak tergugat sedikit pun hinggalah sampul surat putih aku terima malam tadi.
Entah la, susah ditafsir rasa hati. Betapa aku rasa cinta aku dikhianati dengan rahsia yang sudah mula terungkai hari demi hari. Kemesraan Einstein jelas terpamer di gambar yang aku terima. Dia dan perempuan yang sangat cantik di mata aku. Lebih cantik, lebih sepadan dengan Einstein tentunya. Dan aku tahu perempuan itu tentulah Diana yang mula timbul antara kami. Diana yang diperkatakan punya persamaan dengan aku.
Apa persamaannya, aku pun tak pasti. Kalau dibandingkan paras rupa, bezanya jelas dan nyata. Kalau dibandingkan dengan sikap dan sifatnya, gambar ini tak akan memberi jawapan apa-apa. Jadi, jalan terbaik adalah bersemuka dengan Einstein. Biarpun aku kurang yakin aku kuat untuk membuka mulut dan bertanya soal ini, aku harus tegarkan hati. Sampai bila aku mahu menyimpan prasangka yang makin hari, makin memakan diri sendiri. Prasangka yang membuatkan aku tak mampu menutup mata dan tidur dengan lena tentunya. Sepanjang malam tadi, aku berjaga. Sama seperti di Einstein yang mula beradaptasi dengan ketiadaan aku di sisinya.
” Abang tak boleh tidur lena malam tadi. Dah terbiasa ada Bilah dekat abang. Bila takde, puas jugalah paksa mata nak tidur. Kita pindah rumah sendirilah lepas ni, nak tak sayang?,” luah Einstein ketika dia menghubungiku pagi tadi.
Aku tergelak kecil mendengar luahannya, aku cuba sembunyikan rasa hati. Benar, aku juga tak tidur lena. Ketiadaan dia di sisi membuatkan syak wasangak terus bermaharajela. Dan jalan terbaik, aku harus bertemu dengannya untuk merungkai segala persoalan di hati.
” Tak mahu pindah takpelah. Tapi abang nak jumpa Bilah tengahari ni, kita lunch sama-sama. Tak tertahanlah menanggung rindu,” tambah Einstein lagi.
Permintaan Einstein aku turuti. Aku berdoa agar kekuatan hadir dalam hati. Kekuatan untuk menerima apa juga kenyataan disebalik sebuah pernikahan. Merungkai segala persoalan demi persoalan. Benarkah Einstein menikahi aku hanya untuk mengubat rindu pada seseorang yang hilang? Benarkan persamaan antara aku dan Diana membuatkan Einstein memilih aku tanpa rasa ragu dan keliru? Dan apa ertinya di sebalik permintaan maaf Einstein pada aku tempoh hari? Harapan aku saat ini hanya satu, moga persoalan yang terjawab nanti tak akan melenyapkan kebahagiaan yang aku miliki kini.
-------------------------------------------------------
            Tuntutan tugas melupakan aku pada masalah yang melanda. Keraguan di hati aku hilangkan saat kaki menjejak di hospital. Aku persiapkan diri untuk tugas yang sudah menunggu. Pastinya tugas kali ini lebih mencabar berbanding waktu-waktu klinikal yang sudah aku tempuhi. Manakan tidak, perlu menyembunyikan segala perasaan bimbang dengan sikap-sikap aneh penghuni wad  psikiatri dalam menjalani tugas. Harus bersikap profesional sepanjang masa dalam rasa bimbang yang tiada taranya.
            ” Kau tak sihat ke Nabil? Dari tadi aku perhatikan kau macam serba tak kena je?,” soal Khadijah ketika kamu memulakan ”ward round” pagi ini.
            Laju aku menggeleng kepala.
” Tak cukup tidur malam tadi. Baca sikit-sikit pasal orang-orang istimewa ni,”balasku.
Khadijah melemparkan senyuman sebelum melontarkan apa yang terlintas di fikirannya.
            ” Ingatkan tak cukup tidur sebab jauh dengan cik abang tadi,” seloroh Khadijah.
            Aku tersengih sendiri. Itu salah satu menyebabnya tapi takkan dengan heronya nak mengaku kan?
            ” Dugaan rumahtangga tu Bilah. Insya-ALLAH, kalau kita sabar dengan dugaan ni ALLAH gantikan dengan kebahagiaan dalam rumahtangga,” tambah Khadijah lagi, lebih kepada menasihati aku.
            Aku mengiayakan kata-katanya. Kalau benar aku bersabar dengan dugaan ini, moga ikatan kasih sayang antara kami akan lebih erat dan hati kami makin dekat. Itu doaku dan aku berharap ALLAH memakbulkan permintaan hatiku ini.
            Kami berhenti di katil paling hujung di wad psikiatri yang menempatkan seorang perempuan muda seusia dengan kami. Aku dan Khadijah saling berpandangan. Dugaan dan sangkaan yang terlintas di fikiran, terjawab juga akhirnya dengan penjelasan dari supervisor kami pagi itu.
            Athirah, usianya baru 23 tahun. Tekanan akibat kehilangan suami tersayang membuatkan dia hilang keyakinan untuk meneruskan hidup. Tak ada sepatah kata yang lahir dari mulutnya sejak pemergian ADAMnya. Mungkin pemergian secara tiba-tiba dan tak diduga membuatkan dia begitu. Belum bersedia menerima ujian Tuhan. Ya Allah, besarnya dugaan hidupnya.
            Rasa insaf mengisi segenap hati. Betapa dugaan dari Allah SWT berbeza-beza bagi setiap hamba-Nya. Dan kisah yang terbentang di depan mata menyedarkan aku erti kasih sayang yang sebenar. Kerana cinta yang pergi, dia juga seakan pergi dari kehidupannya kini. Kandungan yang kian membesar tak dipedulikan. Di tenggelam dalam dunianya. Kehadiran kami tak sedikit pun mengalihkan pandangan matanya yang jauh, fikirannya yang melayang entah kemana. Dan di saat ini, rasa syukur melimpah di hati. Syukur kerana aku masih punya imamku. Biarpun dugaan mendatang, aku masih tegar berdiri kerana aku tahu dia tetap akan berada di sisiku selamanya. Tapi kalau dugaan aku seperti insan di depanku ini, bagaimana agaknya aku menghadapinya. Aku memejamkan mata, tak terbayang dan tak sanggup aku membayangkannya. Sungguh!
-------------------------------------------------
             Sms dari Einstein aku terima ketika jam hampir menunjukkan jam 11.
” Salam. Sayang, sorry sangat-sangat. Kita tak dapat lunch sama-sama hari ni. Ada emergency case masuk. Love you.”
Janji kami untuk bertemu buat makan tengahari bersama terpaksa dia mungkiri. Ada kes kecemasan katanya. Mahu tak mahu, segala rahsia yang ada di dalam sampul surat putih ini akan kekal tersimpan kemas hinggalah tiba waktunya. Entah bila, aku sendiri tak pasti.  Memang aku mahukan segalanya terungkai secepatnya tapi siapa aku melawan perancangan ALLAH S.W.T.
            ” Kamu merancang, ALLAH merancang tapi perancangan ALLAH lebih baik.” Walaupun aku mahukan jawapan dalam waktu terdekat, aku harus akur perancangan ALLAH S.W.T. Aku harus mencari hikmah dari setiap kejadian yang kau alami.
-------------------------------------------------
             Mungkin kerana kurang tidur malam tadi, lemah benar badan aku rasakan. Penat berganda-ganda dari kebiasaan. Mungkin juga kerana terlalu banyak berehat seminggu sebelumnya, jadi hari ini ’pancit’. Akibatnya, selera makan menghilang entah kemana. Khadijah menggeleng melihat aku yang tak mampu menghabiskan makanan ketika kami ke kafe.
            ” Kesian dekat nasi. Sikit je lagi tu. Kalau mangsa perang tu, berebut-rebut nak dapatkan sebutir nasi. Kita yang ada nikmat depan mata ni, selamba je membazir,” tempelak Khadijah.
            Senyuman sumbing terpamer di bibirku mendengar kata-katanya. Aku akui dan maklum hal itu. Pernah juga aku sampaikan hal serupa pada Dania dan Nani sebelumnya. Tapi entahlah, selera aku benar-benar mati hari ini. Melihat aku nak tak nak je menghabiskan makanan, Khadijah menawarkan diri untuk menghabiskan laksa penang yang dibeliku.
            Ucapan terima kasih aku dibalas dengan senyuman Khadijah. Bila aku memandangnya pelik, senyumannya makin menjadi-jadi. Aku diburu rasa pelik dengan gelagatnya.
            ” Macam pelik bila Puan Nabilah tak selera makan. Selalunya kau bukan jenis manusia berpantang itu ini. Pantang ada makanan, ada rezeki semuanya kau ngap. Pelik bin ajaib hari ni,” komen Khadijah.
            Aku mengangkat bahu. Ada benar apa yang dikatakan Khadijah. Khadijah dah lama mengenali aku. Dan setakat ini, sudah kali ketiga kami dalam kumpulan praktikal yang sama. Melihat aku yang terpana dengan kata-katanya, Khadijah membuka mulut. Memberi penjelasan dan tekaannya diutarakan pada aku.
            ” Aku rasa kes kau ni bukan sebab penat kerja. Tapi ada kes lain. Ada orang baru nak datang kot!.”
            Aku mengerut dahi. Khadijah tergelak kuat dengan gelagat aku.
            ” Tengok, jadi blur pula kawan aku seorang ni. Selalunya dialah manusia paling cepat tangkap ayat-ayat tersirat dan berselirat ni. Kau ok tak ni sebenarnya Nabil?,” soal Khadijah lagi.
            Aku mengangkat bahu, tak tahu apa jawapan terbaik pada soalan Khadijah. Jujur, fikiran aku terganggu dengan hal-hal yang berlaku dalam hidupku. Tapi aku cuba ubati hati, aku cuba hilangkan kegusaran yang ada di hati. Tapi entah lah, tak terlindung juga rasa hati.
            ” Kau ada problem dengan Einstein ke Bilah. Tapi pengantin baru takkan ada problem kot. Kalau problem pun, mesti ada kaitan dengan si kecil nih,” duga Khadijah lagi.
            Aku menggeleng kepala. Rasanya aku tak mengandung. Cuma perasaan keliru tak mampu lagi dibendung dan rumahtangga kami ditutupi awan mendung. Aku menafikan tekaan Khadijah tapi dia menggesa aku melakukan pemeriksaan lanjut. Malas mahu memanjangkan bicara soal itu, aku mengubah topik perbualan. Tapi Khadijah tetap memaksa aku menuruti langkahnya ke klinik pesakit luar. Malas-malas aku mengikuti langkahnya.
-------------------------------------------------------------
            ” Macammana Dr? Positif tak?,” soal Khadijah penuh semangat.
            Anggukan kepala Dr.Hazlina membuatkan Khadijah terjerit kecil. Dia memelukku erat. Aku memanjatkan rasa syukur dalam hati. Tak sangka dengan berita yang aku terima di hari pertama aku kembali bertugas di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ini.
            ” Kandungan kena jaga baik-baik. Seribu kali sibuk dengan klinikal pun, make sure makan minum terjaga. Nanti sampaikan salam dan tahniah saya pada Umar ye,” pesanan Dr.Hazlina aku sambut dengan senyuman.
            Tak pelik kalau Dr.Hazlina mengenali Umar, suamiku.Tak sabar rasanya menyampaikan berita gembira ini pada dia. Tak sabar rasanya melihat dia mengukir senyuman bahagia. Inilah hadiah terbaik dariku sepanjang 3 bulan usia perkahwinan kami. Dan benar, berita ini melenyapkan rasa hati serba tak kena sebelumnya. Moga kehadiran orang baru akan mengukuhkan lagi kasih kami, membuatkan kami lebih tabah menghadapi dugaan dalam rumahntangga dan sentiasa diberkati-Nya.
            -----------------------------------------------------------
” Congrates Nabilah. You tak mahu minta tukar bahagian lain dulu ke? Bahaya juga berdepan dengan orang-orang istimewa ni dalam keadaan you sekarang.,” soal Dr. Najwa, pakar psikiatri bila mendapat tahu keadaan aku.
Aku menggeleng laju. Tak ada sebab untuk aku bertukar bahagian. Apa nak dirisaukan?
” Agak risky sebenarnya bertugas dekat bahagian ni. Memang kebanyakan pesakit dalam keadaan
terkawal tapi risikonya tetap ada. Kalau you berdepan dengan pesakit yang trauma dengan bab-bab mengandung ni, tak pasal-pasal you pula yang kena serang nanti. Dari jadi apa-apa, baik kita beringat dari sekarang,” tambah Dr. Najwa lagi.
Nasihat Dr. Najwa akan aku pertimbangkan. Biarpun apa juga keadaannya, aku harus berbincang tindakan terbaik dengan Einstein kerana tentulah dia juga mahu hal yang terbaik kami berdua, aku dan anak yang berada di kandunganku kini. Tak sabar mahu menyampaikan berita dan berkongsi cerita dengannya membuatkan aku menunggunya di tempat dia bertugas sebaik selesai tugasanku.
” Kirim salam dekat Einstein dengan pesanan. Jaga isteri kesayangan dia ni elok-elok. Kalau tidak, tunggulah penangan maut aku,” gurau Khadijah sebelum kami berpisah.
Aku tergelak kecik dengan ugutannya. Khadijah ke pintu keluar hospital, sementara aku mengatur langkah ke wad kecemasan. Sms aku kirim padanya, memberi khabar aku menunggunya di luar wad.
” Aik, dah terbalik pula janji kita. Padahal abang janji tadi. 5 minit lagi, abang keluar.”
Balasan sms dari Einstein membuatkan aku tersenyum sendiri. Betapa tak sabarnya aku mahu bercerita soal buah hati kami yang mula membesar dalam rahimku padanya. Sungguh, inilah hadiah terbaik sepanjang 3 bulan usia pernikahan kami. Tak sabar rasanya melalui detik-detik terindah sebagai seorang ibu! Aku mengusap perlahan perutku yang belum menampakkan isinya. Sungguh, rasa bahagia menggebu di hati.
Ketenangan aku terganggu dek kes kemalangan yang baru masuk. Aku berpaling ke arah lain. Langkah aku atur jauh dari stroller yang disorong masuk ke wad kecemasan. Rasa loya di tekak menjadi-jadi bila melihat darah yang membasahi stroller. Perhatian aku alihkan ke luar hospital hingga kehadiran Einstein dibelakangku tak aku sedari.
” Assalamualaikum, sayang?,” mesra suaranya menyapaku.
Aku berpaling ke arahnya. Senyuman aku lemparkan padanya. Tapi mati dengan sendirinya bila melihat sampul surat ditangannya. Sama seperti sampul surat yang aku terima semalam. Dan serta-merta, lidahku kaku dan aku hilang kata-kata. Hilang dan melayang jauh. Dan berita gembira yang ingin aku sampaikan, tak terluah dengan sendirinya. Gembira dalam duka, begitukah?
--------------------------------------------------------------
Salam semua pembaca tersayang. Alhamdulillah, saya punya exam dah selesai semalam.Macam mana janji saya pada semua, lepas ni saya akan teruskan menulis manuskrip CCB. Insya-ALLAH. Untuk hal itu, saya mohon maaf kalau-kalau n3 di blog lambat sikit keluar ye. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

11 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

haaisyhh..
cite nie byk betul persoalan taw..
geram je..haha..
surat ape lak eisten bawak tuh?
smbung2..

epy elina said...

btul2....
bnyk prsoaln yg x ada jwpn....
brlah smua rhsia trungkai....
br khdpn bilah n eisten bhgia ngn bakal baby mrk...

aqilah said...

ada orang tak suka dgn bilah yg jadi wife to umar.........so........bilah must stay strong la kan................

putut89 said...

bilah pon must be strong nk tnya kt umar perihal cerita sbnr.jgn pendam dlm hati,nnt mudarat diri.gv umar a chance to explain himself.it takes two to tango bilah,n two to make a marriage works.chayok2!!!

miz ruha said...

surat ape plak nie,,,,??
nk tau,,,

nk lg,,,

MaY_LiN said...

tenang nye umar..
kan da lupa bilah..

nursya said...

ish ish ish...
byk btl dugaannyer...
sabar ye bilah...
jg baby baik2...
hehehe...

fezmia said...

envelope tu mesti mak diana yg hantar, dia jeles lah tu.

Anonymous said...

bile nk sambung nih???

Anonymous said...

I ?the same opinion.

Anonymous said...

ap3 pn yg trbaik r.......

Share If OK