.:Dif-dif kehormat:.

Wednesday, July 22, 2009

Ayat power 10:Cemburu ye?

“Alhamdulilllah,sampai juga Bilah ke sini.Ingatkan tak sudi terima offer auntie“,ujar Auntie Aziah sebaik sahaja melihat kelibat aku di muka pintu spa miliknya.

Aku tersenyum mendengar kata-katanya.Padahal sikit punya susah aku cari alasan tak mahu kesini.Atas paksaan mama dan juga pujukan Einstein,akhirnya aku menjejakkan kaki juga di SPA SEROJA yang dah pun beroperasi lebih kurang 3 tahun ni.Kalau tak kerana Einstein yang alert dengan pesanan mama nih,sekarang ni aku dah bersuka ria dekat rumah.

“Mana boleh tak sudi Auntie.Bukan senang nak dapat offer dari Datin Aziah tau.22 tahun sekali nii.Kira Bilah bertuah betul harini“,gurauku.

Auntie Aziah tersengih mendengar kata-kataku.Padahal Auntie Aziah teman paling baik ibu.Murah dengan senyuman,murah dengan huluran bantuan.Auntie Aziah awalnya mengajak mama jadi bisnes partner spanya tapi mama belum bersedia berhenti kerja.Kalau tidak,tiap-tiap hari la mama paksa aku memanjakan diri dekat spa.Aduhai,silap hari bulan jadi model iklan aku.

Auntie Aziah memerhatikan aku pelik.Apa yang pelik kat muka aku nih?Ada rupa monster ke?Isk,tak mungkin la.

“Bilah kata tadi datang berdua,ni sorang je yang masuk.Mana suami Bilah?Nak juga auntie berkenalan dengan dia.Hari tu masa kenduri kamu,Auntie ke Indonesia.’,jelas Auntie Aziah panjang lebar.

Aku menggarukan kepala yang tak gatal.Teringat Einstein yang menungguku di kereta.Teringat alasan Einstein ketika aku mengajaknya menemaniku sebentar tadi.

“Erm,suami Bilah ada kat kereta.Dia segan nak masuk sini Auntie.Kata dia,malulah kalau masuk spa.Ramai perempuan,apa yang dia nak buat dekat sini.Kesimpulannya dia malulah Auntie“.

Auntie Aziah ketawa mendengar alasanku.

“Isk,ada pula macam tu.Apa salahnya kalau dia masuk pun.Nak segan apanya.Bukannya orang mengata dia pondan kalau setakat masuk temankan isteri.Segan tak bertempat betul la.Dia dekat mana sekarang ni?Biar auntie sendiri yang jemput dia masuk!“.

Suara Auntie Aziah kedengaran tegas di telinga.Alamatnya,sekejap lagi adalah VIP kena iring dengan body guard masuk ke sini!Body guard perempuan otai punya.

“Mari ikut auntie.Saja je menempah kena laser dengan mulut auntie.Nasib la,siapa suruh potong line Zulkarnain.Dah kena ceramah free hari ni.Dengan perangai segan tak bertempatnya,memang sengaja cari pasal“,tambah Auntie Aziah lagi.

Aku terkejut!Kenapa nama Zulkarnain tiba-tiba muncul di hari Sabtu yang bahagia nih?Kiranya,betul la Auntie Aziah berkenan nak jadikan aku menantu dia.Aku rasa macam nak lari masa ni.Dengan berat hari,langkah kaki Auntie Aziah aku turuti.Cuma satu aku doa,janganlah dia sebut nama mamat tu depan Einstein sudah.Naya hidup aku sat lagi!

-----------------------------------------------------

Einstein terkejut melihat kemunculan aku dan Auntie Aziah di kereta.Mukanya penuh dengan tanda tanya.Pelik dengan muka Auntie Aziah yang dah menyinga.Tak sempat Einstein buka mulut,Auntie Aziah dah mula serangan mulut pada dia.

“O,nilah dia menantu kesayangan Aini.Segan sangat sampai nak berkenalan dengan kawan baik mentua sendiri pun malu ye“.

Einstein terpinga-pinga dengan mukadimah ceramah Auntie Aziah.Mungkin terperanjat dengan kehadiran manusia yang selamba rocknya menyerang dia.Macam adegan serang menyerang suami curang dah aku rasa.Muka Einstein aku tatap,kesian betul la.

“Auntie,minta maaf banyak-banyak.Tak sangka lak Auntie sampai sanggup keluar dari spa sebab nak jumpa saya.Rasa macam glamour betul saya hari ni.Bukan senang nak jumpa iron lady’,gurau Einstein,cuba menenangkan keadaan yang mula menegang.

Auntie Aziah tergelak mendengar kata-kata Einstein.Aku terkejut bukan main.Eh,sejak bila Encik Umar A-Farouq pandai bergurau senda ni?Ada sense of humor lagi!

“Yelah tu.Mujur kamu pandai nak ambil hati auntie.Kalau tidak,kena ceramah la kamu sekejap lagi.Auntie ni kalau berceramah 7 hari 7 malam belum tentu habis.Silap haribulan,semua penceramah resign’,balas Auntie Aziah.

Fuh,lega.Kalau aku la jadi Einstein,aku terus hidupkan enjin kereta dan go.Tata Auntie Aziah.Tapi mujur la dia bijak mengendalikan keadaan.Auntie Aziah yang mula-mulanya panas dah pun sejuk bila disapa begitu oleh Einstein.

“Takpe Auntie.Saya sanggup dengan ceramah auntie.Bila nak datang UKM?Saya boleh aturkan ceramah auntie tu.Kalau auntie sudi la.Kata penceramah glamor,bukan senang nak book auntie nih“,gurau Einstein lagi.

Auntie Aziah ketawa .Aku terlopong mulut mendengar butir bicara Einstein. Kagum gila dengan hamba Allah nih!

“Isk,pandai la nak mengenakan auntie.Sudah la tu,segan auntie dengan kamu tahu tak.Marilah masuk,Umar.Nanti boleh pilih pakej mana nak suruh Bilah pakai“.

Einstein menganggukkan kepala.Tangan aku dicapai,aku menurut langkahnya dan Auntie Aziah.Dan seterusnya,hanya bicara Einstein dan Auntie Aziah meriuhkan suasana.Aku terdiam seribu bahasa.Bab-bab bisnes ni mana aku nak campur.Sat lagi,memalukan diri sendiri lak.Erm,entah-entah Einstein nak bodek Auntie Aziah tak?Dia nak juga hadiah perawatan badan macam aku.Kalau betul la,aku tak setuju.Mana boleh orang lain usik suami aku.No way man!

-----------------------------------------------

Kami duduk di kerusi rotan di depan ruang pejabat Auntie Aziah.Auntie Aziah menghulurkan broucher rawatan yang disediakan.Hulurannya aku sambut dan baca perlahan segala isi kandungan broucher tersebut.

“Kita ni sebagai perempuan kena pandai menjaga kecantikan diri.Nak pula kalau dan bersuami.Kena sentiasa kelihatan cantik dan menyenangkan suami.Kalau isteri rupa belacan setiap kali suami balik rumah,manalah suami nak lekat.“,ujar Auntie Aziah kepada kami.

Aku Cuma tersengih. Ni baru intro,kalau masuk dekat isi kandungan jap lagi,pukul berapa nak habis pun aku tak tahu!

“Kerana semua perempuan nak kelihatan cantik tu jugalah,Auntie buat SPA ni.Back to nature kata orang.Memang banyak kosmetik dekat pasaran sekarang ni tapi banyak mana yang selamat untuk digunakan.So,here i am.SPA SEROJA untuk semua.“,tambah Auntie Aziah lagi.

Aku perhatikan Einstein tekun mendengar ceramah Auntie Aziah.Aku dah maklumkan hal yang satu ni pada Einstein dalam perjalanan ke sini.Kalau aku ni juara bab bercakap,Auntie Aziah ni mahagurunya.Memang tak ada orang boleh lawan dia lagi setakat ni.Memang sesuai pun dia buka SPA,bermanfaat la kelebihan bercakap tu.

“Betul Auntie.Tolong orang cantik,dapat pahala.Fardhu kifayah kata orang.So,apa saranan auntie untuk isteri kesayangan saya ni?“,soal Einstein.

Mungkin Einstein dah perasan dengan riak tak ikhlas aku mendengar intro ceramah Auntie Aziah.Aku tersengih padanya,berterima kasih kerana memahami kata hati aku.

“Ok,kami menyediakan macam-macam pakej yang boleh kamu pilih.Semua ada dekat broucher yang Auntie kasi tadi.Tapi sebagai hadiah perkahwinan kamu,Auntie hadiahkan Bilah pakej pengantin baru.Barulah Umar tambah sayang lepas ni“,balas Auntie Aziah.

Aku ketawa mendengar jawapan Auntie Aziah.

“Isk,Auntie ni suka bergurau tau.Seribu kali Bilah baru nikah,jangan la buat pakej pengantin baru.Buat segan Bilah dengar je.“,ujarku sambil ketawa.

Auntie Aziah menjengilkan mata dengan reaksiku.Apa maknanya ni?

“Auntie tak main-main la.Tengok dekat kertas pada kamu tu,pakej no 7.Pakej pengantin baru memang ada dekat sini.Bukan untuk Bilah sorang je,semua pengantin la.“,jelas Auntie Aziah.

Aku tergamam.Oh,tidak..Kiranya aku perasan la tadi.Aku pandang Einstein,dia tersengih nakal melihat mukaku yang dah mula berubah warna.

“Tulah sayang.Ada kertas dekat tangan bukannya nak baca.Asyik berangan je,pastu mula la malu.Ok la auntie,lagipun hadiah spesial ni.Harga dia pun boleh tahan juga ni.Jimat duit saya sebab tak payah bayar.Kalau boleh tahu,apa rahsia bahan-bahan pakej ni“,soal Einstein penuh minat.

Aku dah tak terkata.Muka aku dah rasa panas.Kenapa la Einstein highlightkan bab suka berangan tu depan Auntie Aziah.Aku segan tau tak?

“Ok,ni semua rahsia di sebalik pakej ni.Mula-mula kita akan start dengan urutan badan,ni untuk melancarkan persedaran darah.Then,kita start dengan lulur.Lulur ni penting untuk buang daki-daki yang ada.Boleh membantu mencerahkan kulit“.

“Er,Auntie sekarang ni pun dah petang.Apa kata Auntie explain kat Bilah masa buat rawatan jap lagi.Lagipun,kesian dekat abang nak kena tunggu Bilah.Kalau tengok list yang sikit punya panjang ni,lepas Maghrib pun belum tentu boleh habis.Takpekan auntie“,sampukkku.

“Ok,my dear.Gembira sangat jumpa dengan menantu tak jadi auntie ni sampai lupa hari dah petang.Umar,tak nak buat apa-apa ke?Manicure mungkin?.“,tanya Auntie Aziah pada Einstein yang terkejut dengan suara aku yang tiba-tiba menggamatkan suasana.

Einstein menggelengkan kepala.Senyuman masih terukir di bibirnya.

Bagus juga dia tak nak buat,sat lagi adalah pembantu Spa yang usik suami aku nih.Dah luak sikit.Mana boleh,aku jeles tau!

“La,bukannya suruh pembantu Auntie usik kamu pun.Jangan risau la,tak luak sikit pun.Nanti Auntie suruh Liza demokan dekat kamu,kamu ikut step by step.Nak offer lebih-lebih tak sesuai lak.Nanti ada orang cemburu“,ujar Auntie Aziah sambil mengalihkan pandangannya pada aku.

Oh,no!Macammana lak Auntie Aziah boleh perasan ni?Obvious sangat ke muka aku yang cemburu ni!

“Erm,kalau macam tu.Saya kena terima lah.Tak kena bayarkan?“,gurau Einstein lagi.

“Tak kena la.Ada ke orang bagi hadiah,pastu paksa orang yang terima tu bayar harga hadiah?Kamu pernah dengar ke“,soal Auntie Aziah.

“Ala,Auntie.Abang tu bukan apa,dia memang berkira bab duit nih.Saja la tu nak bodek auntie.“,balasku dengan tujuan mengenakan Einstein.

Mata Einstein membulat memandangku.Tahu pun segan.Tak kisah la dia nak marah kat aku.Yang penting,puas hati.Dia malukan aku tadi,sekarang aku malukan dia balik.Yehaaaaaaa.

----------------------------------------------

Auntie Aziah sendiri yang melakukan lulur,masker dan seangkatan dengannya padaku.Tambahan pula,aku ni jenis manusia yang geli kalau disentuh ni,terlebih sensory receptor gamaknya.Puas jugalah Auntie Aziah menyabarkan aku.Baru je dia sentuh kaki aku,aku rasa macam dah dipanjat ulat bulu.

“Tahan la Bilah.Ni baru urut kaki.Kalau macam ni gayanya,lama la nak selesai.Kesian dekat cik abang Bilah tu menunggu“,tempelak Auntie Aziah.

Aku Cuma tersengih mendengar keluhannya.Siapa suruh offer dekat aku pakej ni?Bila fikirkan hadiah Auntie ni pakej termahal yang ada dekat SPA dia,aku tahan jugalah rasa geli-geleman ni.

“Ni baru Auntie urut sikit.Kalau dengan Umar,macammana la kamu gamaknya?“,keluh Auntie Aziah.

Aku terpana.Ha,dengan Umar?Kenapa la dia mention bab-bab hidup berdua ni.Mana la aku tahu lagi keadaannya macammana.Aku kan tak pernah lagi...!

Aku kan tak pernah apa-apa lagi dengan suamiku itu?Aisyhmen,hilang dah rasa tenang dengan bau aromaterapi yang menyelubungi segenap bilik rawatan.Berganti dengan rasa takut memikirkan malam pertama yang pasti akan kunjung tiba.Oh,no!

“Ok,lepas ni.Bilah kena bertangas lak.Sekejap je proses ni,dalam 10 minit dah boleh settle“.

“Auntie,Bilah tak nak boleh ke?Bukan ke bertangas tu untuk perempuan baru lepas bersalin je.Tak payah la Auntie ye.”,dalihku.

Padahal,aku memang berniat nak melarikan diri dari SPA ni.Tapi takkan la nak lari dengan keadaan aku yang serba kekurangan sekarang ni.Adeyh la,sesak kepala memikirkannya.

“Isk,mitos mana kamu dengar tu Bilah.Bertangas tu untuk orang lepas kahwin.Isteri-isteri macam kita ni.Banyak khasiat dia.Boleh menghilangkan bau badan,memecahkan lemak.Baru la Umar makin sayang.Tangas ni penting juga untuk menambah keyakinan bila bersama suami“,pujuk Auntie Aziah.

Pujukan Auntie Aziah membuatkan aku terdiam.Memang la aku nak pecah lemak tapi ayat terakhir tu membuatkan aku rasa bukan di bumi yang nyata.Macam tahu je kisah aku dan Einstein nih?Mama share dengan Auntie Aziah kot!Nak bertanya,tapi aku takut.Takut kalau aku terlepas cakap.Tak pasal-pasal,terkantoi dengan sendirinya nanti.

Kalau macam gini gayanya,tak boleh la melarikan diri.Sudahnya,segala rawatan yang disediakan aku lalui dengan hati penuh paksa rela.Redha jelah.Dah nasib aku kot kawan baik mama pengusaha SPA yang berjaya.

-------------------------------------------

Einstein mendiamkan diri dalam perjalanan pulang ke rumah.Aku keliru dengan perubahan sikapnya.Padahal,dialah yang paling bersemangat menghantar aku ke SPA SEROJA tadi.Dia jugalah yang tersenyum manis melihat aku selesai rawatan pakej pengantin baru sebentar tadi.Sempat lagi,dia berterima kasih dengan Auntie Aziah sebab dah jadikan aku perempuan melayu terakhir hari ni.

Macam mana tak jadi perempuan melayu terakhir.Semua rawatan zaman silam tu aku buat.Nak kena minum air akar kayu apa entah. Pahitnya Tuhan saja yang tahu.Ikutkan hati,nak je aku muntahkan.Tapi macam kurang sopan lak Siap kena bersimpuh ala puteri zaman silam lagi.Maka,selamat sudah air akar kayu masuk perut dengan segala dukanya.

Aku mengalihkan pandangan padanya yang memandu kereta.Selalunya dia yang menjeling manja padaku,mencuri pandang hingga pipiku merona kemerahan.Tapi hari ini,Einstein lain benar!Tak seperti Einstein ketika perjalanan pergi ke Spa yang suka bergurau senda.

Einstein tak memandang aku sedikit pun.Matanya tetap ke depan,tumpuannya tetap pada jalan yang agak sibuk di petang hari.Aku rimas dengan kebisuan antara kami.

“Abang,betul tak apa yang Bilah cakap dekat abang pasal Auntie Aziah tu?Dia lagi power bercakap dari Bilah kan?“.soalku padanya.

Einstein menganggukkan kepala,mengakui kata-kataku.Cuma mukanya tetap serius,matanya tetap memandang ke jalan raya.

Dia terasa dengan aku ke sebab aku malukan dia tadi.Tapi aku cakap macam tu pun sebab nak cover malu.Tak kisah la,yang penting aku kenalah minta maaf.Isteri mithali la katakan.

“Kenapa abang diam je.Bilah ada salah cakap ke masa dekat spa tadi.I’m sorry kalau Bilah buat salah.“.

Einstein mengalihkan pandangannya padaku.Memandang aku yang jelas kelihatan takut dengan perubahan sikapnya.Senyuman manis dihadiahkan kepadaku.Aku lega.

“Tak la sayang.Mana ada salah apa-apa.Just abang rasa Bilah dah tak boleh pergi SPA Untie Aziah dah lepas ni.“,kata Einstein dengan nada suaranya yang serius.

“Ha,tak boleh pergi dah.Erm,kalau abang bagi pun,Bilah memang tak mahu pergi dah“,balasku.

Einstein tergelak mendengar jawapanku.

“Abang serius la.Dia buat main-main lak!“

“Bilah pun serius la.Tak mahu la pergi tempat-tempat macam tu. Pening la Bilah jadi perempuan melayu terakhir ape ntah.Nilah kali pertama dan terakhir’,tambahku lagi.

“Isk,ada lak macam tu.Bilah kena berhias untuk abang tau.Dapat pahala lagi“.

Suaranya yang tadi serius bertukar lembut.

“Bilah tahu.Erm,abang pun tahukan tak elok membazir duit untuk benda-benda gitu.Ala abang,kalau Bilah tak pergi tempat-tempat gitu,abang tetap sayang Bilah kan?“soalku padanya.

Sengaja mempowerkan ayat yang tak berapa nak power.Mahukan kepastikan walaupun aku tahu Einstein memang sayang padaku.Yelah kan,mana ada suami tak sayang isteri kat dunia ni.

“Of course la abang sayang isteri abang.Sebab sayang jugalah,abang tak mahu Bilah pergi SPA Auntie Aziah lagi.Kalau SPA lain,abang izinkan.“.

Senyuman bermain di bibirku mendengar kata-kata Einstein.Cuma rasa pelik dengan halangannya supaya aku tidak lagi ke Spa Auntie Aziah.

“Erm,ok.Tapi macam pelik je,kenapa tak boleh kat SPA Auntie Aziah je ni.Ada apa-apa Bilah tak tahu ke?’.

Aku dapat rasakan Einstein memendam rasa melihat layanan Auntie Aziah padaku tadi Atau Einstein cemburu kerana Auntie Aziah menganggapku sebagai menantu tak jadinya.

“Erm,abang rasa Bilah tahu sebab dia.Sengaja buat-buat tak tahu ye?’.

Aku mengangkat bahuku.Tak kisah dengan tanggapannya yang mana satu.Yang penting,aku mahu dia mengakui kalau dia cemburu dengan kejadian tadi.

“Takdelah.Auntie Aziah asyik kata Bilah ni menantu tak jadi dia.Pastu,masa Bilah buat rawatan tadi,dia cerita tentang Zulkarnain pada abang.Abang nak juga kenal dengan Zulkarnain tu.Handsome sangat ke dia tu sampai Auntie Aziah tak rela Bilah menikah dengan abang“.jelas Einstein panjang lebar.

“Of course la,Zulkarnain lagi handsome dari abang!“,kataku selamba.

Einstein mengalihkan pandangannya padaku,terkejut betul dengan jawapanku yang tak disangka-sangka.

“Abang cemburu ye?’.

“Tak...mana ada abang cemburu.Abang Cuma tak suka jelah!“dalih Einstein.

Aku ketawa dengan suaranya yang tesekat-sekat.Tahu pun takut kalau aku dikebas orang.

“Tak salah kan kalau abang cemburu pun.Memang patutkan.Cemburukan tanda sayang.Mana boleh nak ambil isteri abang suka-suka hati je!“,tegas Einstein kepadaku.

“Finally,orang tu mengaku juga dia cemburu.Abang,tak kisah la Zulkarnain tu handsome lebih,handsome kurang ke.Yang penting,hati BUKU BERGERAk ni tetap pada EINSTEINnya“,ujarku sambil menatapnya penuh kasih.

Einstein tersenyum manis mendengar kata-kataku.

“Erm,Cuma satu lagi abang tak puas hati.“.

Kata-kata Einstein membuatku tersentak.Apa kes lagi ni?

“Tadi Nani call abang.Dia kata ada hadiah special untuk kita berdua,dia dan Dania bagi semalam.Tapi Bilah tak tunjuk dekat abang lagi pun.Ni rasa sedih nih!“.

Riak tajuk kedengaran dari suaranya.Aku tergamam,serta merta tangan aku rasakan sejuk semacam.Memang naya hidup aku jap lagi!Apa aku nak kata dekat Einstein nih!Takkan dengan heronya aku bercerita soal baju tidur jarang lagi mengancam tu.Oh,tidak.Alasan,cepat la datang.

“Isk,mana ada apa-apa.Pandai la diaorang tu nak kenakan Bilah.Tak payah percayalah abang.Dorang main-main je tu.Percayalah cakap Bilah “,pujukku.

Einstein memandangku pelik.Pelik dengan suaraku yang bergetar sebab nak hilangkan rasa takut yang mencengkam jiwa.

“Oh,ok.Tapi kenapa Bilah macam takut semacam ni.Abang percaya dekat Bilah la.Tapi kalau hadiah tu ada betul-betul seronok juga“,kata Einstein penuh mengharap.

Isk,apa alasan aku nak bagi nih.Plinggggg,idea dah datang.Yeeaaaaay!

“Ha,Bilah dah ingat dah.Memang betul ada hadiah dari dorang untuk abang.Ada kat sebelah abang sekarang ni.Besar sangat hadiah tu sampai tak boleh bungkus.“,kataku berkias.

“Mana dia?“,soal Einstein penuh minat.

Jari-jemari aku mainkan di depan matanya.Lantas,aku tunjuk diriku dengan pandangan mata menggoda.

“Kalau hadiah ni,memang abang nak sekian lama.Terima kasih sayang sebab sudi jadi hadiah terbaik buat abang“,ujar Einstein lembut.

“Sama-sama kasih abang!“.

Fuh,lega.Mujur la idea bombastik aku ni datang juga.Geliga juga otak otai aku ni ye!Tapi ada satu masalah besar sedang menanti dan otak aku tak mampu berfikir dengan baik saat ini.

“Kalau dan jadi pengantin,dan buat rawatan pakej pengantin,takkan tak nak melalui malam pengantin?".

Aiyak,lidahku kelu.Fikiranku buntu.Tak tahu,tak mahu dan aku malu!Oh,yeah!Tak nak balik rumah malam ni boleh tak?

P/S:Tq semua atas sokongnnya.Sudut ilmu di sebalik n3 ni ada kat blog lg satu.Nak tahu rahsia di sebalik rawatan Back to nature,clik at this n3:SpA..no Q!Harap maklum.

7 comments:

Anonymous said...

haa amek kau bilah. kan einstein dah tuntut hak dia. HAHAHA :P
dr. rock bz ke ? knp lmbt post entry batu? ;)

dr.rock4eva said...

a'ah,sy ade exam skrg..tinggal satu paper.Insyaallah.

MaY_LiN said...

hahaha..
kan da kena bilah ni..
xdpt bygkan..
bilah pakai bj seksi meksi tu..
gud luck sis..

nadiah_abdllah said...

owh.. lama menunggu..
wakaka..
amek ko skali einstein tuntut sudah..
erm..
good luck ye dr. rock!

zanariah said...

wakaka...ambik ko bilah..
kan dah kena sejibik dgn
einstein... tau takut...
x dpt bygkan bilah dgn bj seksi
meksinya dan semangat kegelian
yang max tu.. hehehe..
dr.rock gud luck..
p/s cepat sambung ya..

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
einsten menanti tuh..
ekkeekee..
smbung2.

Anonymous said...

best..best.. tiap2 ari sy bukak blog nih tunggu entry baru..arap2 pasni, dr. rock update citer nih tiap-tiap ari ye..x sabo nk bc keseluruhan citer nih..

Share If OK