.:Dif-dif kehormat:.

Saturday, June 20, 2009

Ayat power 8:Madah Pujangga??

‘Sayang,betul ke tak dapat balik nih?”.

Itu soalan pertama dari Einstein sebaik saja aku angkat telefon.Suara dia cemas semacam,tak sempat bagi salam dah.Parah juga penangan mabuk cendawan dekat aku nih!Bangga je kononnya kan.Macam-macam perasa ada dari nada suara dia.Sedih+Kecewa+Tak percaya=1.

Aku yang nak tergelak ni buat-buat serius.Kita uji dia sikit.Tengok dia boleh tahan tak dengan perangai gila-gila aku nih!Ahaks.

‘Abang ni.Takkan la Bilah nak main-main lak.Abang pun tahu kan,macammana kalau dah masuk clinical.Bila-bila masa kena kerah & stand by!”,balasku.

Puas juga la aku nak control rentak suara aku suoaya kedengaran sayu lagi menyedihkan.

‘Abang tahu.Tapi Bilah kan dah nak habis department dah.I don’t think Bilah sepatutnya standby.So,Bilah memang tak dapat balik la ni.Erm,tidur dengan bayang-bayang Bilah lagi la nampak gayanya malam nih!”.

Oh no!Dia dah start dah ayat-ayat rumah dengan tangga tu!Aku dah rasa panas dah kat telinga.Memikirkan hal-hal tu lagi buat aku takut nak balik Kuantan.First night weh!

‘Erm,abang try la minta permisson dari Dr.Hazlin.Mana la tahu boleh dapat.Tapi i don’t think so.Paling-paling habis je kenduri nanti,kena panggil la Bilah.Tak sanggup la Bilah nak tadah telinga dengar ceramah dia.Is’t ok pada abang kalau Bilah tak boleh balik ni?”,pujuk aku

Konon-konon berdiplomasi.Padahal,rasa macam nak tergolek-golek dah aku.Tapi dalam hati rasa kesian dekat dia.Tak baik betul la aku ni.Mentang-mentang la dia lulus lagi tulus,sesuka hati gembira je aku kenakan dia.

‘Erm,takpe lah sayang.Nak buat macammana.So,macammana kita nak ke rumah abang nanti.Tak ke pelik kalau isteri abang dah ada kat Gombak.Tak jadi kenduri sambut menantu la dah macam tu.Nampak gayanya ibu kena buat kenduri sambut anak kesayangan dia la ye.”,gurau Einstein.

Aku tergelak mendengar tutur kata dia.

“Tepat sekali.Tahniah,anda adalah pemenang anugerah anak lelaki terbaik tahun ini.Adakah anda gembira“,gurauku kembali bersama ketawa yang masih tersisa.

Einstein ketawa di hujung talian mendengarkan aku tak ubah macam DJ tak bertauliah.

“Ada-ada jelah sayang ni.Tapi ok what?Kalau sayang tunggu abang kat rumah ibu,macam rasa nak nikah semula.Baru la ada trill nak for 1st night.Ye tak sayang“.

Aku terpana mendengar soalan dia.Tak terkata weh.Hilang bertempiran semua ayat-ayat manis nak mengayat dia.Aku lak yang terayat nih.Sudahnya,aku diam je!Takut nak buka mulut lagi.Sat lagi,tak pasal-pasal aku punya muka ni berubah warna lak.Adeyh!

“Sayang,ada lagi tak ni’.

Aku tarik nafas dalam-dalam.Nampak gayanya,aku kena la kembali ke dunia nyata.Terpaksa la aku berterus-terang yang aku ni gurau je dengan dia.Aku sengaja je buat-buat sengal sebab nak kenakan dia.Aku cuak kalau terkena ayat lagi pastinya!

‘Ye saya.Abang,nak minta maaf banyak-banyak.Act,Bilah gurau je tadi.Takde pun kena stay kat hospital dan kawan-kawan.Bilah tipu je tadi.Sorry lagi sekali ya.”,ujarku perlahan.

Cuba menenangkan hati aku yang sememangnya tak tenang.Takut la kalau Encik Einstein ni tiba-tiba marah kat aku.Yelah kan,bergurau tak kena tempat.Tapi aku terkejut bila apa yang aku dengar hanyalah derai ketawa Einstein.Apa kes pula nih?

‘Abang dah tahu pun.Saja je nak test sayang.So,sekarang ni.Siapa punya ayat lagi power?Sayang ke abang”,tanya Einstein.

‘Erm,abang la.Tahniah sekali lagi kerana berjaya mempowerkan ayat abang.Tunggu Bilah kat terminal tau.Insyaallah,Bilah sampai pukul 10.Ok la abang,i got to go.”,balasku perlahan.

Ketawa dia makin menjadi-jadi.Aku musykil dengan perubahan cik abang aku nih.Mana dia belajar perangai mengenakan orang nih?Ke gurunya aku!Oh,tidakkkkkkk!

‘Ok,i’ll wait for u then.Jangan nakal-nakal tau.Bilah,tak mahu bagi apa-apa kat abang ke before letak phone”.

Suara Einstein lembut di pendengaran aku.Ni apa pula!

‘Apa-apa abang?Sorry,Bilah blurr sikit harini!”.

‘La ye ke.Takpe-takpe,abang ajarkan.Macam ni.Bilah sayang,Abang sayang Bilah.Miss u.Luv u forever”,balas Einstein selamba.

Terjerit aku dengan ayat-ayat power tu.Mak aih,menyentap ke seluruh hati dan jiwa weh!Einstein tergelak lagi.Aku tenangkan hati.Nampak gayanya,kena gak la aku lawan dia harini.Kena juga la aku jadi manusia dengan ayat power yang power hari.

‘Abang,sayang abang selamanya.Bilah sayang abang hingga hujung nyawa.Bilah rindu abang sepanjang masa.Luv u too.Assalamualaikum”.

Nah,ambik hang.Ayat bermadah pujangga lagi aku bagi tu.Bukan senang nak cipta ayat tu tau.Puas aku wat research dari novel-novel silap mama.Akhirnya,berjaya gak aku!Confirm cik abang aku senyum lebar sampai ke telinga nih.Haha.

1 message delivered.

Dari Einstein tersayang la.Tu dia,sengih macam kera dapat bunga.Eh,bukan kera kot.Tak baik lak aku samakan suami sendiri dengan kera.Hehe.

MMS berisi gambar dia tersenyum manis.Aku turut tersenyum melihat senyuman dia.

‘Mana dapat ayat jiwang ni sayang?Nak berguru boleh.Suami derita now have GOOD PROGNOSIS.Survival rate:70%.Full recovered tonight when my lovely wife come home!”.

Dan ayat yang tertulis bawah gambar tu buat aku tergelak.Dalam hati,gembiranya bukan main.Sal dunia aku berbunga-bunga nih!

-----------------------------------

‘Oh,pocot mak kau.Bunga melur,bunga melati.Aku nak berlaki!”,latahku bila disergah Dania dari belakang.

Cik Dania dah ketawa tak hengat dunia dah.Aduh,habis la aku kena soal siasat sat lagi!Siapa suruh berangan lagi!

‘Amboih,bunga-bunga siap.Bukan kau tak suka bunga ke weh?Ke hati dah berbunga-bunga.Tak yah sibuk nak berlaki.Tu Si Einstein dah menanti.Mentang-mentang la nak 1st night malam ni,tak mudah lagi happy.Sengih memanjang na!”.

Tu dia,serkap jarang dia mengena.Siap berpantun-pantun lagi.Ingat masuk pertandingan balas pantun apa?But then,aku termalu sendiri.Obvious sangat ke muka happy aku nih!

‘Isyh,kau apa tahu.Kalau nak tau.menikah cepat..”,dalihku.

Dania buat muka tak percaya dengan statement aku.Muka aku dah kena belek dah.Sejak bila la ada face examination kat ward O & G nih!

‘Apa yang ko dok belek-belek ni kawan.Rimas aku weh”,balasku.

Ni confirm kes tak percaya dengan keberanian aku nih.Ikutkan hati,memang aku tak mahu balik Kuantan.Seram bila memikirkan malam sunyi lagi sepi nih.Dengan seorang hamba Allah lak tu,lelaki lagi.Tittle suami lagi.Tapi apa nak buat,aku kan dah jadi isteri orang.

‘Gila mantap cara kau bercakap weh.Kau memang dah siap jiwa dan raga ke weh?”,soal Dania lagi.

Aku menganggukkan kepala perlahan.Muka aku dah blushing dah.I malu la u!.

‘Ceh,malu-malu tenok lak si Nabil rock nih.Bagus la weh.Kau mesti dah tak sabar nak tunggu 5 minit lagi nih.Lek,takkan lari Einstein dikejar.Tapi kau bukannya terror berlari pun nak kejar dia.Hahahhaha”,kata Dania selamba.

Cis,ni dah kira penghinaan nih.Aku pelari pecut sekolah dulu tahu.Maunya tak lari pecut,kena kejar dek warden sebab ponteng prep.Haha.

‘Whatever.Yang penting,aku nak balik Kuantan sat lagi.Aku dah rindu gila nak makan masakan mama aku tau!Kesian la kat korang ye,tak dapat nak makan makanan kasih sayang.Haha”.

Muka Dania terkejut semacam dengar statement aku.Siapa suruh kenakan aku ?

‘Ye.makan la puas-puas.Apa-apa pun,gud luck untuk malam ni dan malam-malam seterusnya Puan Nabilah.Sebagai tanda sokongan dari aku dan Nani selaku housemate kesayangan kau,terima lah hadiah ini”,ujar Dania ala-ala Sinetron Cinderellla gitu.Pasrah dan redha ayat dia.

Terkejut aku tengok kotak hadiah berbalut love bermacam warna dimasukkan dalam beg aku.

‘Tq banyak-banyak la.Susah je weh.Korang bukan dah babgi hadiah pun masa kenduri aritu.Sian la kat korang berhabis duit untuk aku.Terharu weh,nak menitik dah airmata nih.huhuhu”,balasku.

Siap buat drama sebabak tu.Aku peluk Dania.Bukan senang nak dapat kawan best macam dorang ni tau!

‘Tak usah nak terharu sangat eh.Benda kecil ke.Lagipun benda yang kitaorang bagi ni memang penting untuk bakal isteri........tet...dan pengantin baru macam kau.Kau juga yang kata nak kitaorang belikan dulu.So,here it is!Aku confirm ko suka punya.”.

Benda penting untuk isteri teeeeeeeeet?Oh,tidak,takkan la dorang hadiahkan aku baju tidur seksi warna merah menyala tu.Aku gurau je pun dulu.Macammana lak dorang boleh take serius nih?Aduhai!

‘Daniaaaaaaaaaaaaa”,jeritku.Nurse yang duduk dekat dengan aku isyaratkan suruh aku diam.Jari diletakkan d bibir.Aku pandang sekeliling,Dania dah hilang kelibatnya.

Nampak gayanya terpaksa bawa balik rumah mama la macam ni.Memang kami pernah la cerita bab-bab first nite ni dulu zaman membeli anak-anak kecil dulu.Aku juga yang kata minta dorang belikan aku baju tidur jarang,seksi warna merah Mak Ngah untuk malam pertama aku.Aku sendiri pun dah lupa sebenarnya kata-kata aku tu.Macammana lak,dorang boleh ingat nih?Ni nak kenakan aku ke apa?Apa nak buat,hadiah dalam tangan sekarang nih.Ayoyoooooooooo,rasa mahu masuk bumi sudeyyyyyyy!

Dan hari ni aku ambil satu ikitibar dan pengajaran terbesar dalam hidup.BUKAN SEMUA BENDA BOLEH BUAT GURAUAN!

-------------------------------------------

Einstein dah menunggu aku ketika aku tiba di Terminal Makmur.Agak lambat bas sampai ke terminal memandangkan jalan di KL agak sesak petang tadi.Al-maklumlah hari Jumaat,semua orang nak balik kampung.Nak pula esok hari Sabtu minggu pertama,semua orang berduyun-duyun la balik kampung.

Einstein tersenyum manis melihat kelibatku.Pantas dia berjalan ke arah aku.Menghulurkan tangan,mahu mengambil beg galas yang dari tangan aku.Beg galas yang berisi hadiah yang menguji keimanan tentunya.Hahaha.

Beg galas aku Einstein jinjing.Sebelah tangan lagi mencapai tangan aku.Digenggam erat dan kami jalan beriringan.Einstein tersenyum melihat aku hanya mengikut rentaknya.Aku sekadar menghadiahkan senyuman.Takkan la nak hilangkan mood dia lagi kan?

‘Walaupun penat sekalipun,kita kena sentiasa ceria depan suami.Kalau pun badan bau belacan,jangan senyuman lari bertempiran.Kalau hati rasa panas,jangan muka macam perempuan ganas.Senyuman selalu,baru suami sentiasa sayang”.

Pesanan Ustazah Salmah waktu aku mengikuti kursus masih terngiang-ngiang di telinga.Gaya dan cara percakapannya yang selamba tu membuatkan nasihat dia terus melekat di kepala aku.Sampai ke hari ini.Mungkin juga sampai bila-bila.

Tanpa sedar,aku tersenyum.Tanpa aku sedar juga,Einstein leka memerhatikan gelagat aku.

‘Sayang,kenapa senyum sorang-sorang ni.Nak share dengan abang?”,bisik Einstein perlahan.

Aku memandang Einstein.Senyuman aku lemparkan.Einstein buat muka pelik.

‘Takde apa-apa la.Just teringat zaman pergi kursus nikah dulu.Teringat pesanan Ustazah yang bagi kursus.Tak sangka je sekarang Bilah dah kena praktis semua yang dia ajar dulu.”,balas aku perlahan.

Einstein menganggukkan kepala.Pintu kereta dibuka,lalu aku dipersilakan masuk.Wa,cakap lu!Sejibik macam drama nih!Dan aku terkejut bila ada hamba Allah yang sedang lena di tempat duduk belakang.Mujur tak terjerit.

‘Udin la sayang.Mama suruh temankan abang ambil Bilah.Takut abang sesat katanya.”,jelas Einstein sebelum sempat aku bertanya.

Memang patut pun ditemankan.Kalau tidak,entah sampai entah tidak ke bus station.Silap aribulan,hilang jejak lagi menantu SIRIM mama nih!Hehe.

-----------------------------------------------

Aku memerhatikan Einstein yang leka memandu.Speed dia tak usah cakap la,slow bukan main.Kalau gini gayanya,bertambah berlengas la badan aku setibanya di rumah sat lagi!Tak macam aku yang drive macam pelesit.Nak pula time jalan sunyi dan lengang ni,habis semua lampu isyarat aku langgar tau.

Einstein mendiamkan diri dari awal pemanduan.Cuma lagu-lagu nasyid dari Carta Nasyid IKIM yang menghiasi.Tak tahu apa yang ada di fikiran dia.Dan aku tak tahu nak mulakan sesi soal-siasat macammana.Buntu fikiran kome weh!

“Sayang,air kotak ada dalam beg plastik dekat belakang.Sian dekat sayang.Haus sangat sampai tak mampu nak berkata-kata.Kesian dekat suami dia nih,rindu nak dengar dia kepoh macam selalu.Apalah nasib suami derita nih!.Huhuhu”.

Rintihan Einstein memecahkan kesunyian antara kami.Aku memandang Einstein dari jelingan mata.Ada je idea dia nak kenakan aku.

“La,takkan jeling je kot!Pandang jelah muka abang.Abang handsome tau!Hehhe“,gurau Einstein.Aku tergelak.

Nak hilangkan rasa gelabah,aku cepat-cepat capai beg plastik MYDIN di tempat duduk belakang.Aku angkat plastik ke depan aku.Ada makhluk lain gak selain dari air kotak dalam plastik tu.

Aku tarik air kotak,tebuk lubang dengan straw dan sedut.Rasa macam model iklan air sudah!

“Uisyh,minum tak ingat orang lain.Tak pelawa abang pun.Apelah nasib..apelah nasib“,rajuk Einstein.

“Sori abang.Bilah haus sangat.Erm,jap ye.Bilah buka air kotak baru untuk abang. pujukku.

Ayat baik punya tu.Dari hujung mata,aku tengok Einstein tersengih.Aku capai beg plastik yang dah beralih tempat di bawah kaki aku.Ada satu kotak je lagi tapi ada malang air kotak tu dah pun kosong.Ringan dan habis dah pun diminum.

“La,dah habis la kotak satu lagi.Siapa yang minum ni,abang atau Udin?“,tanya ku.

Aku rasa curiga semacam je dengan suami aku nih.Yelah kan,dengan perangai manja dia yang makin menjadi-jadi tak mustahil kalau dia dah minum pun.Sengaja buat haus sebab nak kan perhatian aku.Tapi tak salah pun layan suami.Dapat pahala lagi!

“Udin la.Memang sengaja abang beli dua je.Sebab satu untuk UDIN,satu untuk kita berdua.Boleh mengeratkan kasih sayang tau“,balas Einstein selamba.

Rupanya memang muslihat dia nak bermanja dengan aku rupanya.Layan jelah.Straw aku hulurkan ke bibir dia.Air diteguk perlahan.Sampai ke rumah,senyuman terus meniti di bibir Einstein.

So,nampak gayanya tuan-puan sekalian,penyakit SUAMI DERITA nih dah ada improvement.SURVIVAL RATE dah jadi 90% sekarang!

--------------------------------

Einstein sedang asyik membelek majalah ketika aku selesai mandi.Kaca matanya diletakkan di atas timbunan majalah bersebelahan katil.Entah dari mana dia jumpa majalah-majalah panduan kehidupan yang aku baca sebelum nikah tu.Mungkin mama yang bagi dekat dia,mungkin juga dia yang jumpa sendiri.

Almari pakaian aku buka perlahan.Mata aku masih leka memerhatikan dia.Tanpa sedar,kepala aku terhantuk pada pintu almari.Bunyi yang agak kuat membuatkan Einstein berpaling ke arah aku.

Sakitnya boleh tahan.Paling-paling lebam jugalah sehari dua.Einstein pantas mencapai cermin matanya dah berlari kerarah aku.Muka dia cemas semacam.Aku dituntun duduk di birai katil.

“Ya Allah,sayang.Kenapa sampai tak perasan pintu almari tadi.Sayang dok fikir apa sampai terhantuk nih?Sakit tak nih?’,tanya Einstein melihatkan muka aku berkerut menahan sakit.

“Bilah dok perhati abang baca majalah tadi,tak perasan dengan pintu almari tadi.Tak sakit sangat,just pening sikit la sekarang nih’,balasku.Cuba menenangkan Einstein yang agak cemas.

“Ni boleh lebam silap aribulan.Abang ubatkan ye?“.

Aku Cuma menganggukkan kepala.Dalam keadaan macam ni,memang tak mampu nak berkata-kata.Aku rasa macam dunia berputar semacam je waktu terhantuk tadi.

“Dekat mana sakitnya ni.Cuba tunjuk dekat abang’.

Bahagian kepala yang sakit kerana terhantuk aku pegang perlahan.Tapi rasa musykil ada gak dalam hati.Macammana dia nak ubatkan aku sedangkan takde satu ubat pun takde.Ni kira dah macam tok bomoh ni.Main mandrem je!

“Bismillahirrahmnairrahim’.

Einstein berselawat perlahan sebelum aku rasakan ada kucupan lembut di bahagian kepala aku yang benjol!

“Ni kira tuam juga tau.Tuam dengan penuh kasih dan sayang lagi tau“,kata Einstein bersahaja.

Sudah ni ubatan mental dan fizikal ni.Entah kenapa,rasa sakit hilang serta-merta.Diganti dengan rasa sayang yang menggebu di hati.Aku senang dimanja begitu.

Tapi kemesraan bukan tontonan umum ini terhenti dengan sendirinya bila suara mama kedengaran di luar pintu.Suara mama mengingatkan aku agar turun ke dapur dengan segera untuk makan malam.Aku pandang Einstein,muka dia frust habis.Kesian dia!

---------------------------------------------------

“Makan kenyang-kenyang Umar.Bukan selalu dapat makan ramai-ramai macam ni.Makan masakan mama lagi.Kalau nak diharapkan Along yang masak makanan best-best,entah bila pun mama tak tau“,ujar mama ketika kami menikmati makan malam.

Mama sekadar menemani kami makan.Padahal,ahli-ahli rumah semua dah lena dibuai mimpi wakt-waktu macam ni.Mujur juga semua dah tidur,kalau tidak habis semua perangai buruk aku jadi topik hot malam ni.Kalau mama yang cerita still ada tapisan FINAS lagi.So,masih bertapis dan sesuai diketahui ramai.

Kalau si Najmudin dengan Nadhrah,masak la aku.Boleh jadi,aku pakai purdah malam ni sebab nak hilangkan rasa malu.Hohoho.

“Terima kasih mama.Takde la mama.Bilah rajin juga masak kalau kami free.Sedap macam masakan mama juga“,balas Einstein.

Amboi,aku punya taraf masakan sama level dengan mama.Fuuuuyo,gile hebat.Cik abang aku ni,suka la buat aku kembang macam di pam-pam.Memang sedap la,sampai-sampai kailan masin pun dia telan selamba je!

“Isyh,biar betul.Macam tak caya je mama dengar apa yang Umar cakap nih.Kalau betul la,tak sia-sia mama paksa dia baca majalah sebelum nikah dulu.Ada gak improvement rupanya“,kata mama.

Aku yang dok kat tengah ni tersengih macam kerang busuk.See the leg la.Jap-jap,majalah yang Einstein belek tadi tu kan majalah rujukan aku dulu.Mak aih,mesti dia dah baca part-part yang aku dok hightlight berwarna-warni.Patut la dia dok tersengih-sengih baca tadi.Oh tidakkkkkk,segannya aku!

“Ha.Along ni kenapa?Tertunduk-tunduk,malu-malu kucing.Dan tu pula diam je dengar kami borak.Selalu nya dia la yang kepoh dan kecoh.Arini Along dah beli insurans mulut ke?“,gurau mama.

Einstein ketawa.Aku buat-buat tak dengar.Kena ubah topik nih!

„“Mama,tadi Along tengok dalam beg mydin yang abang beli ada sekotak bunga telur warna purple.Mama nak buat apa dengan bunga telur tu?“,dalih aku.

Mama tergelak tengok aku cemas semacam nak cover malu.

‘Nak buat bunga pahar la.Nak bagi dekat family belah sana.Isyh Along ni,adat macam tu tak tahu.”.

‘O,ok.Layanzzzzzzz.Zazssssssssss”,kataku sambil buat-buat aksi Fara Fauzana dalam Melodi.Kuat betul pengaruh TV dalam kehidupan kita ni ye?Ceh,dah macam motivator berjaya dah aku nih!

‘Ha,lagi satu.Sebelum Along dengan Umar tidur,jangan lupa pakai inai semula.Inai Umar tu merah lagi,Along punya takde jejak langsung dah.Along clorox tangan apa?Isyh,teruk betul la.Ikutkan mama nak suruh pakai inai hidup,tapi takde sapa la nak tumbuk inai.Instant pun instant la,yang penting jari kamu tu merah.Umar,ada beli kan Henna dekat MYDIN tadi”,ujar mama.

Einstein menganggukkan kepala.Aku pun sama,tapi over sikit jelah.Ke over banyak ye?Kalau arini pakai inai,tidur malam sat lagi takde la apa-apa pelik jadi.Yehhhhhhha,hepi dah berlaki dah aku!Hahahhhaaha

5 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

haha.
ske ek bilah ble kene pakai inai..
so eisten xley wt pape la mlm nieh..ekeke..nk lgi..

misz nana said...

X yah kasi Einstein pakai inai la..
Kan inai dia merah lagi..
Kasi Bilah sorang je yg pakai..
Hahahaa~

Anonymous said...

haha comelnya einstein & bilah ni :D

aya said...

pakai inai pulak dah..
einstein sabar no..hahhaha
best r citer nih..

MaY_LiN said...

hihihi..
pandainye bilah...

Share If OK